Tempat makan Murah dan Berbaloi di Lahad Datu


Lahad Datu semakin trending. Orang ramai semakin menyedari tentang pembangunan yang agak pesat di daerah ini. Menjadi sumber bekalan Sawit, Lahad Datu kini terkenal dalam kalangan peniaga dan pelabur besar. Akibatnya pertambahan penduduk di kawasan ini semakin meningkat. Tidak hairanlah sekiranya suatu hari nanti Lahad Datu akan menjadi sebuah bandar yang maju seperti Kota Kinabalu dan Sandakan. 

Pelbagai tempat-tempat makan yang murah serta berbaloi di daerah ini sebenarnya. Admin akan mengutarakan beberapa contoh kedai makan yang murah dan berbaloi di Lahad Datu.

1.  Aman Santai Corner

Aman Santai Corner ini terletak berhampiran dengan perumahan Taman Aman Jaya dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu 2, dan berhampiran dengan SMK Sepagaya. Terdapat beberapa kemudahan sekitar restoran ini seperti Car Wash, Super Market, Kedai Hardware, Masjid, Bakery dan banyak lagi. Sekirat Restoran ini juga terdapat pelbagai lagi restoran yang tidak kurang sengatnya. Makanan laut agak murah dibandingkan dengan gerai atau restauran yang lain. Cuba try.

2. Restoran Kak Tini Perdana

Restoran Kak Tini di Bandar Perdana berhampiran dengan kedai 7eleven dan juga terdapat beberapa restoran lain berhampiran. Restoran ini menghidangkan makanan bufet pada waktu pagi sehingga petang yang mana anda boleh makan dengan kenyang beserta air minum hanya membelanjakan sebanyak RM 8(mengikut pengalaman Admin sewaktu singgah di kedai ini suatu ketika dulu). Setiap hari jumaat, restoran ini akan memberi buah pisang secara percuma kepada pelanggan. Makanannya tidak kurang sedapnya. :)

3. Pasar Makan Tabanak (Bandar Tabanak - Batu 1)


Pasar makan di sini terdapat banyak gerai-gerai. Ada gerai yang menghidangkan makanan Halal dan juga Tidak Halal. Namun penggunaan barangan kutleri seperti sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya adalah berasing(takut tercapur makanan halal dengan tidak halal). Kebanyakan gerai menghidangkan bufet makanan yang anda boleh pilih sendiri. Anda boleh makan nasi, 3 jenis lauk dan 1 hidangan sayur serta minuman dengan hanya bernilai RM 6-RM10. Murah Bukan. Dari aspek kualiti makanan, anda boleh cuba sendiri. :)

4. Gerai makanan di Jalan Dam


Seperti pasar makan di bandar Tabanak, terdapat juga deretan gerai di jalan Dam ini. Ada banyak gerai yang menghidangkan masakan bufet dan juga coto(makanan terbaik di kawasan ini). Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mengeyangkan perut anda. Cuba la. Kuih muih juga banyak dijual di sini. Walaubagaimanapun gerai ini tidak beroperasi sehingga lewat malam. 

Seperti yang admin katakan, ada banyak lagi gerai makan, restoran, atau kiosk yang murah serta berbaloi di daerah ini. Namun, apa salahnya anda mencuba tempat yang admin utarakan. Selamat Menjamu Selera. 

Ulasan

  1. Ada lagi satu tertinggal D'royal Cafe di Darvel bay..
    Cuba test nasi Lemak ayam, nasi Lemak Rendang, nasi ayam penyet berempah, Nasi Ayam Bakar Madu, air Jagung Madu, coconut Shake, cendol pulut, Ice Cream Cup dan byk lagi Pasti memukau selera and masakan ala2 Semenanjung 5 Start Taste...
    WhatsApp 011-20000085

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Tempat makan best di Lahad Datu

Boleh pakai Jubah ke sekolah?

Anda rasa, apakah pandan dan ciku dalam bahasa Inggeris?