7 Tempat paling rahsia di dunia

Manusia telah banyak membina kemajuan di muka bumi. Banyak data-data yang amat bernilai disimpan di tempat-tempat yang kita tidak mengetahuinya. Berikut merupakan 7 tempat paling rahsia di dunia.

1. Club 33, United States


Complex GalleryHip

Kelab ini asalnya ialah restoran Disneyland. Kelab ini diubah kepada kelab rahsia yang digukanan oleh Walt Disney sebagai pusat hiburan bagi VVIP. Terdapat panel rahsia pada pintu masuk dan anda perlu tahu bagaimana menggunakannya sekiranya berkunjung ke tempat ini. Setakat ini hanya 100 orang yang didaftarkan menggunakan kelab ini dengan bayaran yuran sebanyak 25000 Dolar Amerika.

2. Vatican Secret Achives, Italy


TheRichest InfoStunners


Tempat ini merupakan kepunyaan Pope, walaupun tempat ini tidaklah sangat rahsia. Satu-satunya sebab tempat ini agar rahsia ialah anda perlu meminta kebenaran Pope untuk masuk ke tempat ini, apatah lagi sekiranya anda perlu untuk melihat dokumen yang berusia lebih daripada 75 tahun. Oleh itu tempat ini agak lah rahsia kerana Para Pope tidak membenarkan sembarangan orang ke tempat ini.

3. Mezhgorye, Bashkortostan


Panoramio


Anda tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan akses ke bandar ini melainkan anda adalah salah seorang daripada 17 ribu orang yang menjadi penduduk tetap di tempat ini. Hal ini kerana tempat ini dikatakan mempunyai banyak kompeni Russia yang sangat rahsia.

4. Snake Island, Brazil


Huffington Post Prefetiua Municipal Itanhaem / Flickr


Terletak berhampiran dengan Pantai Sao Paolo Brazil, pulau yang dipanggil Pulau Ular ini dikatakan amat berbahaya. Kerajaan Brazil mengharamkan sesiapa sahaja untuk melawat ke pulau tersebut kerana pulau tersebut didiami oleh ular yang begitu banyak. Katanya ular Golden Lancehead Viper, Ular yang paling berbisa, hanya didapati di pulau ini. Mereka percaya bahawa bisa ular tersebut dapat mencairkan isi daging mangsa.

5. Area 51 United States



Chicago Tribune Barry King / WireImage


Seperti ramai yang tahu (atau kebanyakannya tidak tahu), kawasan ini adalah sangat dihadkan kepada hampir semua orang. Bukan itu sahaja, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku di kawasan ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat tersebut adalah pusat ketenteraan, tetapi ramai ahli teori konspirasi mengatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat makluk asing dan UFO ada dijumpai di sana. Apa-apapun, kawasan ini tetap menjadi tempat yang sangat rahsia.

6. HavenCo, Sealand


NBC News AP


Walaupun secara teknikalnya negara ini tidak diiktiraf sebagai negara sendiri, Sealand telah ditubuhkan di Platform Anti-pesawat Perang Dunia Kedua, tidak jauh daripada pantai Suffolk, England. Secara amnya HavenCo ini wujud. HavenCo ini merupakan pusat data luar pesisir yang mana mereka menyimpan apa-apa data dan tidak terikat kepada mana-mana undang-undang hak cipta di bidang kuasa mana-mana negara. Tidak ada cara anda untuk masuk ke kawasan ini melainkan anda dijemput.

7. Bahnhof/Wikileaks, Sweden


TechRepublic Bahnhof AB


Anda pasti pernah mendengar mengenai Wikileaks. Mereka menerbitkan maklumat mengenai kerajaan-kerajaan di seluruh dunia pada suatu ketika. Hal ini menyebabkan orang ramai meminta agar Wikileaks ini dihentikan. Mereka menyimpan data di Bahnhof(pusat Perkhidmatan Internet Swedish) yang dibina di dalam gunung putih di Stockholm, yang mana tempat ini boleh menahan serangan nuklear. Kawasan ini sudah tentunya kawasan rahsia. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Tempat makan best di Lahad Datu

Boleh pakai Jubah ke sekolah?

Anda rasa, apakah pandan dan ciku dalam bahasa Inggeris?