Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

5 Perkara Utama Punca Guru Tak Sanggup Mengajar

Imej
Baru-baru ini, Laman FB WeAreTenchers ada memuat naik infografik daripada Institut Polisi Pendidikan yang memaparkan pelbagai luahan berkenaan isu-isu perguruan di dalam dunia pendidikan masa kini. Infografik tersebut juga memaparkan punca-punca utama mengapa guru meninggalkan profession tersebut. 1. Suasana Kerja Yang Semakin Mencabar Cassadra M memberitahu, "Guru-guru dilambakkan dengan kertas kerja, kurikulum yang mustahil dan kekurangan masa untuk mencapai objektif yang tidak realistik." Joan F pula bersetuju sambil memetik beberapa aduan di antaranya, "Saiz kelas yang tidak kondusif, kekurangan bahan, suasana bangunan sekolah yang terus, bekerja 10-15 jam dan pada hujung minggu, pentadbir yang tidak cekap, mesyuarat yang meleret-leret, tiada sokongan dalam membanteras masalah disiplin dan lain-lain..." Teruskan Membaca... Sumber : http://www.myedushare.orgs.one/show/48438 Teruskan Membaca...

IKLAN RAYA PALING BEST 2017!

Adakah ini iklan raya yang paling best pada tahun ini? jom lihat iklan ini. Dah lama tak lihat Azlee Senario kembali berlakon. 

11 Nombor Plet Kenderaan Ekslusif dan Unik Dibeli oleh rakyat Malaysia

Imej
Nombor pengenalan kenderaan atau no plet diberikan kepada semua kenderaan yang layak dan berdaftar di Malaysia. Nombor pengenalan ini ada pelbagai-bagai dan mempunyai kod dan susun atur yang unik mengikut negeri. Sebagai contoh, negeri Kedah menggunakan no plet bermula dengan K, manakala negeri Perlis menggunakan plet bermula dengan huruf R. Namun terdapat beberapa jenis no plet yang unik yang ada disediakan mengikut keperluan dan permintaan. Biasanya nombor unik ini dijual pada harga tertentu. Jom kita lihat contoh-contohnya. 1. No plet BAMbee Dikatakan oleh sesetengah orang bahawa no plet ini digunakan oleh ahli BAM sahaja. Namun kebenarannya tidak diketahui. Walaubagaimanapun no plet ini adalah unik. 2. SUKOM No plet ini dikeluarkan pada tahun 1998 sempena Sukan Komonwel. 3. 1M4U No plet ini dikeluarkan sekitar tahun 2013. 1M4U bermaksud 1Malaysia for Youth. 4. PATRIOT Nombor plet ini adalah diasaskan oleh Yayasan Patriot Negara Malay

Anda rasa, apakah pandan dan ciku dalam bahasa Inggeris?

Imej
Buah Ciku (sumber : local queen) Kadang-kadang kita tahu makan sahaja tetapi tidak terfikir apakah nama makanan tersebut dalam bahasa Inggeris. Jom kita lihat beberapa jenis makanan yang diterjemahkan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. 1. Buah Pelaga - Cardamom 2. Paku Uban - Creeping Sword Fern 3, Buah Keras - Candle nuts 4. Langsat - Lanzones 5. Pisang Kaki - Persimmon 6. Buah Nona - Sugar Apple 7. Kacang Botol - Winged Bean 8, Limau Gedang - GrapeFruit 9. Ciku - Sapodilla 10. Kedondong - Ambarella 11. Buah Mengkudu - Noni 12. Buah Sukun - BreadFruit 13. Petai - Stink Beans 14. Kangkung - Water Spinach 15. Lengkuas - Galangal 16. Daun Pandan - Screw-pine Leaves Lagi ... Sumber : says.com

Antara Buruh Kasar dan guru

Imej
Antara buruh kasar dan seorang cikgu. Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas. Aku melihat sahabatku seorang  guru . Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini. Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.  Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.  Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan dem

Betulkah ini yang terrjadi selepas Kahwin?

Imej
Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat misteri. Umumnya perkahwinan ini adalah satu perkara indah yang dikongsi bersama. Mari kita lihat, sama ada perkara ini terjadi kepada anda selepas berkahwin.  Sumber : https://brightside.me/inspiration-family-and-kids/ten-funny-illustrations-that-show-how-a-mans-life-changes-after-marriage-173755/?utm_source=fb_r69f5a&utm_campaign=best&utm_medium=cpm Share means care

Modul Penulisan Karangan Tahun 2 hingga Tahun 6

Imej
Karangan murid anda sudah mantap? Anda perlukan modul untuk membantu murid? Modul sebenarnya banyak membantu murid meningkatkan kemahiran dalam mata pelajaran. Berikut merupakan modul yang disediakan oleh KPM untuk rujukan bersama. Download sini

Bolehkah murid memakai pakaian Sukan sepanjang hari di sekolah?

Imej
Ramai guru yang tidak tahu mengenai pemakaian baju sukan di sekolah. Ada yang mengatakan tidak boleh memakai baju sukan sepanjang hari di sekolah. Hanya boleh dipakai ketika masa Pendidikan Jasmani sahaja. Guru yang mempunyai kepentingan untuk menggunakan pakaian sukan terutama guru Pendidikan Jasmani mempunyai kelonggaran untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari di sekolah. Jadi, guru tersebut tidak perlulah membawa kemeja ke sekolah untuk ditukarkan selepas waktu Pendidikan Jasmani. Bagaimana pula dengan murid? berikut merupakan kenyataan Kementerian mengenai pemakaian baju sukan oleh murid di sekolah. Tuntasnya, murid boleh memakai baju sukan sepanjang hari sekiranya mereka mempunyai waktu Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Semoga bermanfaat. ^_^

Tatacara Penggunaan Logo Negaraku

Imej
Logo Jenama Negaraku Pada 6 Mac 2017, Inisiatif Negaraku telah dilancarkan untuk menyemai rasa bangga dan semangat cintakan Malaysia dalam Kementerian. Inisiatif Negaraku ini diketuai oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia untuk memastikan penyelarasan komunikasi. Kementerian Pendidikan juga telah menghantar surat edaran kepada seluruh sekolah untuk mengamalkan penggunaan logo ini. Berikut merupakan tatacara penggunaan logo tersebut.