Perkara yang membolehkan anda mengambil CRK lebih daripada 7 hari setahun

Sebagai seorang penjawat awam, anda haruslah tahu bahawa Cuti Rehat Khas ini adalah hak semua penjawat awam yang mana diluluskan oleh majikan masing-masing bersesuaian dengan alasan dan sebab cuti tersebut dimohon. Setiap individu diberikan peruntukan CRK sebanyak 7 hari.

Bagaimana pula sekiranya anda memerlukan CRK lebih daripada 7 hari? Malang memang tidak berbau, bukan kita tahu bila sesuatu itu hendak berlaku. Jangan risau, anda sebenarnya boleh memohon cuti CRK lebih daripada 7 hari setahun. Ketua Jabatan(majikan) boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan , TERHAD untuk tujuan-tujuan berikut: 

1. MENZIARAHI AHLI KELUARGA DAN AHLI KELUARGA YANG RAPAT YANG SAKIT TENAT ATAU MENINGGAL DUNIA.
2. MENZIARAHI UPACARA KEAGAMAAN YANG DI ANUTI PEGAWAI.
3. DALAM KEADAAN KECEMASAN ATAU KEMALANGAN YANG MENIMPA SEPERTI KEBAKARAN, BANJIR DAN SEBAGAINYA.
4. MAJLIS KONVOKESYEN BAGI PEGAWAI ATAU AHLI KELUARGA.
5. MENDAFTAR ANAK KE SEKOLAH ATAU INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI(DALAM ATAU LUAR NEGARA)
6. MENUNAIKAN FARDU HAJI SEKIRANYA TEMPOH 40 HARI TIDAK MENCUKUPI.
7. MENGHADIRI KURSUS SUAI KENAL BAGI KURSUS LUAR KAMPUS.
8. PERKAHWINAN PEGAWAI ATAU ANAK PEGAWAI

semoga bermanfaat kepada anda. ^_^





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Tempat makan best di Lahad Datu

Boleh pakai Jubah ke sekolah?

Anda rasa, apakah pandan dan ciku dalam bahasa Inggeris?