5 Tempat makan best di Lahad Datu

Kawasan bandar Lahad Datu
Sumber : Olaf's Borneo

Anda pernah ke Lahad Datu?
Tahukah anda bahawa Lahad Datu merupakan tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar Daerah.


Walaupun terkenal oleh beberapa kejadian serangan pengganas di timur daerah ini, namun Lahad Datu masih sebuah daerah yang selamat dan kepadatan penduduknya semakin meningkat. Tidak kurang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di daerah ini..

Berikut merupakan 5 tempat Makan yang best di Lahad Datu

1. Thai Siam




Restoran Thai Siam ini merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan masakan Thai dan pedas manis. Restoran ini menyajikan pelbagai masakan ala Thai. Jika anda datang ke restoran ini, jangan lupa memesan minumannya. Pisang cheese merupakan salah satu makanan yang agak popular di sini. Tomyam pun tidak kurang sengatnya!

2. Restoran Auliah
Restoran Auliah merupakan restoran yang agak popular dengan masakan yang pelbagai. Restoran ini lebih berkonsepkan ala mamak. Menghidangkan pelbagai makanan buffet dan goreng. Terletak berhampiran dengan bank dan juga deretan kedai. Jangan ketinggalan untuk merasa makanan yang disediakan. 

3. Restoran Rumpun Selera
Restoran Rumpun Selera merupakan restoran yang juga berkonsepkan ala mamak. Restoran ini menhidangkan pelbagai jenis lauk setiap hari termasuklah masakan seafood. Roti canai juga ada. Kebanyakan pelancong kelihatan di sini untuk menjamu selera. Tempat ini biasanya dijadikan tempat persinggahan oleh pemandu-pemandu bas.


4. Restoran Aman Santai Corner
Restoran Aman Santai Corner terletak dikawasan perumahan Taman Aman Jaya dan Taman Aman 3. Restoran ini berkonsepkan ala kampung moden dan juga menyediakan perkhidmatan katering. Restoran ini menghidangkan anda makanan laut yang anda boleh pilih sendiri seperti ikan, udang, sotong dan ketam. Jangan lupa memesan Udang Masak Telur Masin dan juga Kelapa Blended di sini. Selamat mencuba!


5. Fook Yuen Lahad Datu
Fook Yuen Lahad Datu merupakan salah satu restoran francais yang juga terdapat di beberapa daerah di Negeri Sabah. Restoran ini mempunyai keunikannya sendiri. Dengan berkonsepkan layan diri, restoran ini terkenal dengan keenakan roti buatan sendiri dan juga menghidangkan pelbagai jenis makanan bufet.



Terdapat banyak lagi tempat-tempat makan yang best di Lahad Datu. Anda boleh berkunjung sendiri dan menikmatinya. ^_^

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Boleh pakai Jubah ke sekolah?

Anda rasa, apakah pandan dan ciku dalam bahasa Inggeris?