Sejak akhir-akhir ini, pemakaian jubah sudah menjadi trend. Jubah bukan sahaja dipakai untuk melaksanakan ibadah, tetapi dalam apa jua majlis yang bersesuaian. Sehubungan itu, terdapat guru yang memakai jubah ke sekolah. Berikut merupakan status sama ada jubah boleh digunakan oleh guru semasa waktu bekerja: Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipa
Ulasan
Catat Ulasan