5 Hotel murah dan cantik di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah yang semakin membangun. Banyak tempat menarik di negeri di bawah bayu ini. Sudah tentunya anda ingin mengunjungi bandaraya Kota Kinabalu apabila tiba di Sabah.
Anda bercadang ke Kota Kinabalu? Boleh la cuba beberapa hotel berikut. Ada banyak hotel yang baik di KK.
1. HOTEL NO°5
Hotel ini terletak lebih kurang 10 minit daripada KKIA dan 20 minit daripada pusat bandar. Hotel ini masih baru dan mempunyai fasiliti yang berkonsepkan moden dan canggih. Uniknya semua bilik di hotel ini mempunyai tingkap dan anda boleh menikmati cahaya matahari walaupun anda memesan bilik yang agak murah. Gunakan aplikasi Agoda untuk tempahan pada harga yang amat berpatutan.
2. HOTEL GRAND BORNEO
Hotel ini terletak di One Borneo Mall. Hotel yang bersebelahan dengan Mall ini juga merupakan hotel yang agak mewah namun sekiranya anda menggunakan aplikasi Agoda, terdapat beberapa bilik yang harganya amatlah berpatutan. Hotel ini seringkali ditempah untuk pelbagai jenis aktiviti. Sesuai dengan kedudukannya hotel ini menarik ramai pelanggan untuk menginap di sini. Keadaan hotel yang masih baru dan cantik ini membuatkan ramai orang ingin menginap semula ke hotel ini. Datang dan alami sendiri.
3. HOTEL COUNTRY YARD
Hotel ini juga terletak di One Borneo Mall Kota Kinabalu. Walaupun terdapat kekangan tempat meletak kereta yang sangat sedikit, namun hotel ini masih menjadi tumpuan orang ramai. Bar dan cafe hotel ini terletak di bumbung hotel yang mana anda dapat melihat sekitar melalui pandangan di bangunan tersebut. Amatlah cantik dan berbaloi. Gunakan aplikasi Agoda untuk harga terbaik!
4. HOTEL OCEANIA
Hotel Oceania ini terletak lebih kurang 1 Kilometer daripada pusat bandar. Hotel ini cantik dan bersih. Melalui pengalaman admin, stafnya sangat friendly. Bilik kemas dan cantik. Walaupun tergolong dalam kebanyakan hotel 2 bintang atau 3 bintang namun hotel ini mempunyai keunikanya sendiri. Sekiranya anda bernasib baik, anda dapat menempah bilik yang deluxe atau king size dengan harga serendah 190 semalaman. Bukan senang mencari hotel semurah ini di dalam bandaraya Kota Kinabalu. Selamat mencuba!
5. HOTEL MING GARDEN
Satu lagi hotel yang agak mewah, terletak 500 meter daripada IMAGO Mall, namun harganya masih di tahap yang berbaloi. Hotel ini menyediakan tempat meletak kenderaan yang berbumbung dan selamat. Konsep hotel ala-ala moden ini mempunyai cafe yang sedap masakannya. sekiranya anda bernasip baik, anda dapat menempah bilik berserta sarapan dengan harga dibawah RM 200 menggunakan aplikasi Agoda. Kalau kena dengan tarikhnya.
Penulisan admin ini adalah berdasarkan pengalaman admin menginap di tempat-tempat berkenaan lebih daripada 4 kali di setiap hotel. dibandingkan dengan hotel-hotel yang lain, tempat ini menjadi pilihan admin sekiranya admin datang ke Kota Kinabalu. Terdapat banyak lagi hotel-hotel yang cantik dan hebat di Kota Kinabalu yang mungkin admin tidak tahu. Namun tidak rugi anda mencuba hotel yang disenaraikan. Jangan lupa gunakan aplikasi agoda. Gunakan kad Bonus Link anda untuk mendapatkan lebih banyak diskaun dan promosi. Good Luck!
Ulasan
Catat Ulasan