Tempat makan Murah dan Berbaloi di Lahad Datu
Lahad Datu semakin trending. Orang ramai semakin menyedari tentang pembangunan yang agak pesat di daerah ini. Menjadi sumber bekalan Sawit, Lahad Datu kini terkenal dalam kalangan peniaga dan pelabur besar. Akibatnya pertambahan penduduk di kawasan ini semakin meningkat. Tidak hairanlah sekiranya suatu hari nanti Lahad Datu akan menjadi sebuah bandar yang maju seperti Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelbagai tempat-tempat makan yang murah serta berbaloi di daerah ini sebenarnya. Admin akan mengutarakan beberapa contoh kedai makan yang murah dan berbaloi di Lahad Datu. 1. Aman Santai Corner Aman Santai Corner ini terletak berhampiran dengan perumahan Taman Aman Jaya dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu 2, dan berhampiran dengan SMK Sepagaya. Terdapat beberapa kemudahan sekitar restoran ini seperti Car Wash, Super Market, Kedai Hardware, Masjid, Bakery dan banyak lagi. Sekirat Restoran ini juga terdapat pelbagai lagi restoran yang tidak kurang sengatnya.