Catatan

Bolehkah murid memakai pakaian Sukan sepanjang hari di sekolah?

Imej
Ramai guru yang tidak tahu mengenai pemakaian baju sukan di sekolah. Ada yang mengatakan tidak boleh memakai baju sukan sepanjang hari di sekolah. Hanya boleh dipakai ketika masa Pendidikan Jasmani sahaja. Guru yang mempunyai kepentingan untuk menggunakan pakaian sukan terutama guru Pendidikan Jasmani mempunyai kelonggaran untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari di sekolah. Jadi, guru tersebut tidak perlulah membawa kemeja ke sekolah untuk ditukarkan selepas waktu Pendidikan Jasmani. Bagaimana pula dengan murid? berikut merupakan kenyataan Kementerian mengenai pemakaian baju sukan oleh murid di sekolah. Tuntasnya, murid boleh memakai baju sukan sepanjang hari sekiranya mereka mempunyai waktu Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Semoga bermanfaat. ^_^

Tatacara Penggunaan Logo Negaraku

Imej
Logo Jenama Negaraku Pada 6 Mac 2017, Inisiatif Negaraku telah dilancarkan untuk menyemai rasa bangga dan semangat cintakan Malaysia dalam Kementerian. Inisiatif Negaraku ini diketuai oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia untuk memastikan penyelarasan komunikasi. Kementerian Pendidikan juga telah menghantar surat edaran kepada seluruh sekolah untuk mengamalkan penggunaan logo ini. Berikut merupakan tatacara penggunaan logo tersebut.

Boleh pakai Jubah ke sekolah?

Imej
Sejak akhir-akhir ini, pemakaian jubah sudah menjadi trend. Jubah bukan sahaja dipakai untuk melaksanakan ibadah, tetapi dalam apa jua majlis yang bersesuaian. Sehubungan itu, terdapat guru yang memakai jubah ke sekolah. Berikut merupakan status sama ada jubah boleh digunakan oleh guru semasa waktu bekerja:   Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan ...

Tempat makan Murah dan Berbaloi di Lahad Datu

Imej
Lahad Datu semakin trending. Orang ramai semakin menyedari tentang pembangunan yang agak pesat di daerah ini. Menjadi sumber bekalan Sawit, Lahad Datu kini terkenal dalam kalangan peniaga dan pelabur besar. Akibatnya pertambahan penduduk di kawasan ini semakin meningkat. Tidak hairanlah sekiranya suatu hari nanti Lahad Datu akan menjadi sebuah bandar yang maju seperti Kota Kinabalu dan Sandakan.  Pelbagai tempat-tempat makan yang murah serta berbaloi di daerah ini sebenarnya. Admin akan mengutarakan beberapa contoh kedai makan yang murah dan berbaloi di Lahad Datu. 1.  Aman Santai Corner Aman Santai Corner ini terletak berhampiran dengan perumahan Taman Aman Jaya dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu 2, dan berhampiran dengan SMK Sepagaya. Terdapat beberapa kemudahan sekitar restoran ini seperti Car Wash, Super Market, Kedai Hardware, Masjid, Bakery dan banyak lagi. Sekirat Restoran ini juga terdapat pelbagai lagi restoran yang tidak kurang s...

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2016

Imej
UPSR 2016 merupakan kumpulan pertama yang menggunakan format baharu dalam peperiksaan. Terdapat perubahan-perubahan dalam bentuk soalan terutama mata pelajaran Bahasa Inggeris.  Berikut merupakan koleksi soalan percubaan UPSR 2016 Muat Turun Sumber : http://cikgushamsudin.blogspot.my/2016/08/koleksi-soalan-percubaan-upsr-2016.html

Koleksi Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun TAHUN 5

Imej
Berikut merupakan koleksi soalan peperiksaan Tahun 5. Klik pada muat turun. Soalan ini hanyalah panduan untuk guru membina soalan yang lebih baik. Muat Turun Sumber : http://cikgushamsudin.blogspot.my/2015/05/peperiksaan-pertengahan-tahun-2015_19.html

Koleksi Soalan Peperiksaan Tahun 1

Imej
Peperiksaan sudah semakin hampir. Anda perlukan contoh-contoh soalan untuk membina soalan yang lebih mantap? berikut merupakan contoh soalan tahun 1. Boleh muat turun. Sumber : http://cikgushamsudin.blogspot.my/2015/05/peperiksaan-pertengahan-tahun-2015.html Muat turun soalan