11 Nombor Plet Kenderaan Ekslusif dan Unik Dibeli oleh rakyat Malaysia
Nombor pengenalan kenderaan atau no plet diberikan kepada semua kenderaan yang layak dan berdaftar di Malaysia. Nombor pengenalan ini ada pelbagai-bagai dan mempunyai kod dan susun atur yang unik mengikut negeri. Sebagai contoh, negeri Kedah menggunakan no plet bermula dengan K, manakala negeri Perlis menggunakan plet bermula dengan huruf R. Namun terdapat beberapa jenis no plet yang unik yang ada disediakan mengikut keperluan dan permintaan. Biasanya nombor unik ini dijual pada harga tertentu. Jom kita lihat contoh-contohnya. 1. No plet BAMbee Dikatakan oleh sesetengah orang bahawa no plet ini digunakan oleh ahli BAM sahaja. Namun kebenarannya tidak diketahui. Walaubagaimanapun no plet ini adalah unik. 2. SUKOM No plet ini dikeluarkan pada tahun 1998 sempena Sukan Komonwel. 3. 1M4U No plet ini dikeluarkan sekitar tahun 2013. 1M4U bermaksud 1Malaysia for Youth. 4. PATRIOT Nombor plet ini adalah diasaskan oleh Yayasan Patriot Negara Malay